Custom Search

Friday, December 26, 2008

Imam Al Mahdi

Imam Mahdi adalah satu nama yang cukup gah di kalangan umat Islam seluruh dunia, sejak dahulu hinggalah hari kiamat. Imam Mahdi atau sebutan Melayunya, Imam Mahadi, sudah mendarah daging di kalangan umat Islam. Semua umat Islam yang mencintai kebenaran, sudah pasti ternanti-nanti bilakah akan munculnya Imam yang sebenar itu, tangan yang cukup kuat untuk melakukan tangkisan ghaib untuk semua umat Islam terhadap segala perkara, dari yang sekecilkecilnya hinggalah kepada yang sebesar-besarnya, sehingga hidup mereka menjadi sangat aman, makmur, bahagia, penuh berkat dan mencapai kemuncak keemasan bagi segala zaman keemasan.

Sebenarnya, kitab-kitab karangan para ulama sejak dari zaman dahulu hinggalah ke saat yang terkini, yang ditulis sama ada secara khusus atau secara umum, yang menyentuh mengenai Imam Mahdi adalah terlalu banyak, jauh lebih banyak daripada hadis-hadis yang ada, yang menyebut tentang diri Imam Mahdi itu sendiri.

Begitu juga buku-buku ilmiah, kertas-kertas kerja, tesis-tesis dan sebagainya yang ada kaitannya dengan Imam Mahdi itu, sama ada yang ditulis oleh orang yang memang ahli ilmu atau oleh orang biasa, sudah terlalu banyak hingga tidak dapat lagi disenaraikan, kerana sudah terlalu
banyaknya. Di samping itu, kebanyakannya sudah diterbitkan, manakala sebahagian besar lagi masih dalam bentuk mentah - belum diterbitkan oleh mana-mana pihak.

Tujuan mereka menulis kitab, buku, kertas kerja, tesis, analisis, dan sebagainya itu juga ada bermacam-macam. Ada yang tujuannya semata-mata untuk memberi ilmu kepada semua umat Islam sepanjang zaman, ada yang tujuannya untuk mendapatkan wang - mencari untung semata-mata, ada yang menulis kerana ingin mendapatkan segulung ijazah, ada yang bertujuan mencari nama, ada yang menulis untuk menambahkan bilangan kitab-kitab karangannya, ada yang menulis kerana minat terhadap bidang penulisan, ada yang menulis kerana mahu mempertahankan kesahihan hadis-hadis Imam Mahdi daripada dituduh secara semberono sebagai amat dhaif malah mauduk, walaupun sebenarnya tidak demikian, ada yang menulis kerana mahu mempertahankan kebenaran munculnya Imam Mahdi dan bermacam-macam niat lagi.

No comments: